HOME ABOUT US OUR PRODUCTS FOOD SAFETY SUPPLIERS CONTACT US
   
     

Français Deutsch Italiano Nederlands Bahasa Melayu 中文 العربية
Produk Kami
 Tanyalah sekarang
Salter Family Farm - Ballon Meats
 
best quality meats - Ballon Meats
 
Lamb products at Ballon Meats
 

Di Ballon Meats, kami komited untuk beroperasi pada piawai etika, alam sekitar dan kualiti makanan yang tertinggi. Latar belakang pertanian tradisional kami memberikan kami pengetahuan dan kepakaran untuk mendapatkan sumber dan menghasilkan produk daging lembu, khinzir dan bebiri muda berkualiti tinggi.

Kami menyediakan pelbagai pilihan daging lembu yang terdiri daripada:
- Potongan tanpa lemak seperti bahagian atas dan sebelah putih, striploin dan punggung
- Rusuk daging lembu, gulungan bahu daging lembu, betis dan garas daging lembu
- Filet daging lembu hinggalah ofal daging lembu dan karkas penuh daging lembu

Produk bebiri muda kami terdiri daripada semua bahagian, daripada karkas penuh bebiri muda hinggalah kaki, bahagian hadapan dan ofal bebiri muda. Walaupun bebiri muda adalah daging bermusim, kami masih boleh membekalkan produk bebiri muda untuk sepanjang tahun kepada peruncit di seluruh Ireland dan di luar negara

Pilihan daging khinzir berkualiti tinggi kami adalah berbagai-bagai daripada daging batang pinang dan karkas penuh daging khinzir hinggalah kaki, bahagian depan dan ofal.

     
Polisi dan Pentauliahan Alam Sekitar
BRC Global Standard for Food Safety logo
 
Bord Bia Quality Assurance Logo
 

Ballon Meats percaya dalam menggunakan semula dan bukannya melupuskan bahan-bahan, jika boleh, dan kesedaran mengenai alam sekitar masih menjadi unsur utama dalam proses pengeluaran daging di Ballon Meats. Ini dapat dilihat melalui teknik inovatif kami, seperti sistem bersepadu tanah lembap dan perladangan willow, serta keinginan kami untuk memaksimumkan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui.

Membangunkan amalan mampan memerlukan dedikasi dan sumbangan daripada semua bidang dalam rantaian pengeluaran. Sehubungan dengan itu, Ballon Meats menyediakan latihan yang perlu kepada semua kakitangan dan mewujudkan kerjasama yang rapat dengan semua organisasi luar untuk mempromosikan konsep perlindungan alam sekitar.

Penjejakan penuh dan keselamatan makanan merupakan satu lagi keutamaan Ballon Meats. Semua daging lembu kami dihasilkan mengikut Skim Jaminan Kualiti Bord Bia. Kami juga diiktiraf sepenuhnya dengan BRC Global Standard untuk Keselamatan Makanan dan diperakui oleh HACCP.

     
Pengenalan kepada Keluarga Salter
Ballon Meats sources Beef from local farms
 
Ballon Meats sources Lamb from local farms
 

Ballon Meats diasaskan oleh Keluarga Salter pada tahun 1977, dan sejak itu, telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia sebagai salah satu pembekal utama daging di Ireland. Membantu untuk mengukuhkan reputasi Ireland sebagai negara pengeluar utama daging dan tenusu, Ballon Meats mencapai pendapatan melebihi €40 juta pada tahun lepas dan menyenaraikan UK dan negara Eropah yang lain sebagai destinasi eksportnya.

Kekal setia terhadap asal usul luar bandar kami, Keluarga Salter memutuskan untuk membina kilang pemprosesan daging Ballon Meats yang bertaraf dunia, yang terletak di sebelah ladang keluarga di Ballon iaitu sebuah kampung di Co. Carlow. Lokasi unik ladang di kawasan yang dikenali untuk penternakannya juga telah mempengaruhi keputusan kami. Terletak di kawasan Gunung Leinster, namun mudah diakses dari lebuh raya dan pelabuhan Rosslare, ladang seluas 300 ekar itu terletak di tempat yang strategik untuk memastikan bahawa pembekal tidak perlu membawa ternakan dalam perjalanan jauh.

Bagi produk yang tidak dihasilkan di ladang keluarga kami, kami akan mendapatkannya daripada pembekal yang dipercayai, serta mematuhi pendekatan pertanian Ballon Meats. Ballon Meats mematuhi piawaian kebajikan haiwan yang ketat dan berusaha untuk menyediakan persekitaran yang semula jadi untuk memelihara ternakan kami; kesemuanya menghasilkan daging boleh dijejaki sepenuhnya, berkualiti tinggi dan terjamin rasanya.

     

TALK TO US ABOUT HOW WE CAN HELP YOU PROVIDE QUALITY PRODUCTS FOR YOUR CUSTOMERS

Contact Us at Ballon Meats

 

   
Copyright © Ballon Meats 2013   HOME | ABOUT US | OUR PRODUCTS | FOOD SAFETY | SUPPLIERS | CONTACT US | SITEMAP

Ballon Meats Unlimited trading as Ballon Meats

  Great Taste 2014 reveals new stars and Ballon Meats is a winner HACCP certified Bord Bia Approved Blas Na hÉireann 2012 Blas Na hÉireann 2012